SF BEAUTY


SF BEAUTY: PENGENALAN




Sf Beauty merupakan produk kecantikan terhangat buat wanita Malaysia (lelaki pun boleh!), pengasas nya berasal dari Kelantan. Penjualan produk sudah bermula dari tahun 2007, kala itu ia hanya di pasarkan di kalangan keluarga dan rakan terdekat. Ia tidak dijual di pasaran terbuka/salon namun keberkesanannya membuatkan ia meniti dari mulut ke mulut oleh pengguna yang berpuas hati dengan hasilnya yang menakjubkan yang boleh dilihat dalam tempoh hanya beberapa minggu (termasuklah saya). Sehingga kini pengeluaran produk Sf Beauty masih dibuat secara manual, dan mendapat permintaan ribuan set setiap minggu.

Sf Beauty terhasil dari penemuan sumber semulajadi (ekstrak buah dan rempah ratus terpilih) yang amat sesuai untuk semua jenis kulit (terdapat 2set pilihan iaitu untuk kulit bermasalah jerawat dan normal). Setiap set terdiri dari 3 item sahaja iaitu sabun pembersih, krim siang dan krim malam. Penggunaan ringkas memang sangat memudahkan, menjaga dan merawat kulit rosak, kusam, berparut dan kedutan halus agar terserlah kecantikan asli setiap individu. Ia membantu meningkatkan metabolisma kulit dengan penjanaan sel-sel baru, merencatkan proses penuaan, mengurangkan jeragat/pigmentasi, menambahkan keanjalan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar tampil segar, berseri dan muda sentiasa.

Jika anda mempunyai masalah kulit wajah seperti dinyatakan, cubalah Sf Beauty hari ini. Insyaallah, anda pasti berpuashati.




 





PRODUK SF BEAUTY


SET LENGKAP SF BEAUTY VIT-E
RM100/SET
-POS PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA-

SET LENGKAP SF BEAUTY VIT-C
RM100/SET
-POS PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA-


EDISI TRIAL C atau E
RM75/SET
-POS PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA-


KRIM SIANG SAHAJA (15GM)
RM45(S), RM48(S/S)

KRIM MALAM SAHAJA (15GM)
RM45(S), RM48(S/S)
SABUN PEMBERSIH SAHAJA
VIT-C
@
VIT-E
RM40(S), RM43(S/S)



 

CARA GUNA




Bagi pengguna baru, adalah penting bagi anda memahami dan mengetahui cara betul pemakaian produk Sf Beauty agar anda mendapat hasil yang diidamkan serta berbaloi dengan wang yang dikeluarkan untuk membeli produk ini.

Pertama sekali, pastikan ada memilih set yang sesuai dengan masalah kulit anda (sabun pembersih sahaja yang berbeza, krim siang dan krim malam adalah sama)

-sabun Vit-C (warna hijau): khusus untuk kulit sensitif/jerawat, banyak parut atau terlalu berminyak. Ia juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah resdung kerana ia bertindak lebih lembut pada kulit.

-sabun Vit-E (warna kuning): untuk kulit normal, kering, gelap, kusam, tona tidak sekata, pori2 terbuka, kedutan halus, berjeragat (sesuai untuk mereka yang tiada masalah kulit teruk terutama bagi yang berusia 30-an ke atas)

Asas penggunaan:

- cuci muka dengan sabun 2 kali sehari (waktu pagi dan sebelum tidur)
- gunakan krim malam pada malam hari
- gunakan krim siang pada siang hari

Krim pekat dan agak melekit. Di awal penggunaan, sila sapu pada wajah yang tidak dilap kering atau basahkan jari dengan sedikit air agar sapuan lebih mudah dan licin. Ia biasanya di alami oleh mereka yang berkulit kusam, kering atau berjerawat. Bagi mereka yang sudah memiliki kulit wajah licin bersih, sapuan krim sangat mudah. Cukup dengan calitan nipis sahaja sudah memadai.

Produk Sf Beauty tidak mengandungi hidroquinon yang menipiskan kulit muka, merah/memeritkan kulit muka namun tidak disarankan pada mereka yang memiliki kulit sangat sensitif dan alah pada bahan kosmetik. Ia membersih dan merawat secara lembut dan semulajadi.

Kebanyakan pengguna yang memiliki kulit kusam dan kurang penjagaan wajah sebelum ini akan mendapati kulit mereka mengalami sedikit penggelupasan halus pada minggu 1-2. Ini disebabkan lapisan sel2 kulit mati di permukaan kulit tertanggal, proses penggantian sel2 baru berlaku bagi menghasilkan kulit yang lebih bersih, cerah dan licin sekata.

Jika di awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam untuk beberapa hari tetapi rutin pemakaian sabun pembersih dan krim siang usah diabaikan. Selepas kulit pulih baru gunakan semula krim malam seperti biasa.

Antara kesan awal yang lain ialah rasa gatal2 di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan untuk beberapa hari sahaja. Kemudian keadaan kulit kembali normal, terasa segar, lembab semulajadi, halus dan anjal secara beransur-ansur.




Berapa lama untuk melihat hasilnya?

Selain masalah kulit individu, faktor2 lain juga turut menyumbang kepada cepat atau lambat nya produk ini berkesan kepada kulit anda seperti persekitaran (tempat kerja, tekanan), usia (remaja lebih cepat kerana metabolisme tinggi, sel2 kulit aktif menyerap khasiat produk) dan pemakanan (pengambilan kolagen misalnya membantu kulit lebih sihat dari dalam).

Kebiasaannya kesan awal sudah dapat dilihat dalam tempoh 2-3 minggu pertama. Jerawat berkurangan, kulit lebih halus, pori2 mengecil, cerah dan terasa lembab semulajadi.

Selepas penggunaan selama 4-6 minggu, parut jerawat kian pudar, jeragat mulai hilang, garis2 halus berkurangan, kulit lebih anjal dan mulus.

Wajah bebas dari sebarang cela dan masalah selepas penggunaan 3-6 bulan.

Teruskan rutin pemakaian dan anda pasti yakin dengan kehebatan produk ini dalam menampilkan kulit sihat menawan! Ia semulajadi dan tidak memudaratkan kulit untuk penggunaan berterusan/jangka panjang malahan mampu melambatkan tanda2 penuaan wajah setiap individu yang menggunakannya sebagai asas penjagaan kulit harian
 
 

MEMBERSIH WAJAH : ASAS PENTING KECANTIKKAN..

 
Penjagaan wajah amat berkait rapat dengan kebersihan. Sama ada kita bersolek atau tidak, membersih secara rutin dua kali sehari harus diamalkan semenjak di awal usia remaja lagi. Andai ia diabaikan, sel2 kulit mati akan menimbun dari hari ke hari, punca masalah jerawat dan jeragat di kemudian hari. Ia menyebabkan wajah kusam, warna kulit tidak sekata juga munculnya banyak kedutan halus walhal usia belum pun menjangkau 40-an.

Pembersihan sempurna akan menanggalkan sel2 kulit yang mati dari luar, memudahkan kulit bernafas dan lebih bersedia untuk menyerap zat2 yang terkandung dari krim pelembab secara optimum. Sesekali, berlulur lah, agar kotoran dapat dibersihkan lebih mendalam dari pori2 kulit yang tersumbat dengan sebum minyak.

Pemilihan sabun pembersih Sf Beauty yang kaya vitamin E adalah terbaik kerana ia mengandungi bahan anti-penuaan yang membantu merangsang kulit agar kekal lembab dan lembut serta menguatkan lapisan pelindung kulit secara semulajadi selain membantu memudarkan parut pada lapisan kulit luar.

Memandangkan kita tinggal di negara yang cuaca nya panas sepanjang hari, krim pelembab dan berpelindungan UV juga amat penting bagi mengelakkan kulit kering dan kesan selaran matahari yang menggelapkan kulit. Krim pelembab juga berfungsi menutup kembali pori2 kulit yang terbuka selepas wajah dibersihkan. Berikan tumpuan pada garis2 wajah seperti dahi, sekitar bibir dan hujung alis mata agar kulit tampil lebih gebu. Jangan dilupa untuk disapukan pada leher agar warna kulit senada dengan wajah anda.

Selain berpelindungan UV, krim siang Sf Beauty juga boleh dijadikan alas bedak, melembabkan, melembut dan menyegarkan kulit sepanjang hari.

Selain asas penjagaan di atas, adalah penting bagi kita mengamalkan gaya hidup sihat iaitu minum banyak air, bersenam dan mengawal pemakanan agar kesihatan dan kecantikan itu berjalan seiring.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan